Apa Jadi Pada Harga Minyak Selepas Kecundang Minggu Lalu?

296

Harga minyak kekal bertahan di sekitar harga $90 setong ketika kebimbangan terhadap ketegangan Ukraine dan Rusia beransur mereda selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bersetuju untuk bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada $90.90 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil pada $89.65 setong.

Pada sesi Asia, White House mengesahkan bahawa sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan berlaku dengan syarat Moscow tidak akan menyerang Ukraine.

Hal ini sedikit sebanyak membawa kelegaan buat pelabur yang bimbang dengan kekangan bekalan minyak mentah akan berterusan. Namun, di sisi lain Amerika masih memberi peringatan bahawa Rusia boleh menyerang dengan mendakwa lebih ramai tentera dilihat berada di sempadan Ukraine.

Dalam pada itu, pelabur terus memantau usaha untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015 selepas pegawai kanan Kesatuan Eropah (EU) mengatakan mereka semakin hampir untuk mencapai kesepakatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat