Apa Jadi Pada USD Selepas Ucapan Biden?

723

US dolar kekal kukuh walaupun sedikit susut selepas Presiden AS Joe Biden melancarkan pakej infrastruktur bernilai lebih $2 trilion pada hari Rabu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain kekal didagangkan tinggi pada 93.20.

Penyusutan terdahulu mungkin disebabkan pelabur yang mahu mengambil keuntungan sebelum menamatkan sesi dagangan akhir bulan dan suku pertama, setelah mendorong US dolar ke paras tertinggi empat bulan.

Walaupun begitu, dolar greenback mengakhiri dagangan bulan Mac dengan kenaikan besar berbanding kebanyakan pesaing utamanya, terutama matawang euro dan yen Jepun.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula kekal tinggi pada 1.74% meskipun mencatat sedikit penyusutan pada sesi sebelum ini. Hanya dalam masa 4 bulan, hasil bon telah meningkat hampir dua kali ganda.

Pasaran saham pula kekal positif setelah Biden mengumumkan pelan infrastruktur terbarunya dan kenaikan cukai korporat.

Walaupun cukai yang lebih tinggi menimbulkan risiko bagi saham, tetapi rancangan perbelanjaan tersebut akan mendorong pertumbuhan yang lebih kuat jadi ia tidak akan memberi kesan ketara buat ekuiti.

Penyusutan semalaman greenback pada sesi New York, telah memberi peluang buat matawang pound untuk mencatatkan kenaikan dan didagangkan stabil di sekitar harga 1.37800 ketika sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat