Apa Jangkaan Arah EUR/USD Menjelang Data NFP Minggu Ini?

706

Pergerakan US dolar bersambung pada awal dagangan minggu ini dilihat masih mendatar dengan sentimen yang agak bercampur-campur.

Pasaran saham Wall Street menunjukkan peningkatan, memberi tekanan terhadap US dolar. Sementara peningkatan semula pada hasil bon 10-tahun Amerika Syarikat (AS) dilihat memberi sokongan terhadap raja mata wang itu.

Dagangan pada awal minggu ini juga turut dijangka perlahan sementara pelabur mungkin berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Jun yang akan diterbitkan pada Jumaat ini.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak mendatar sejak minggu lalu walaupun dilihat menunjukkan corak kenaikan yang lemah.

Harga berjaya bergerak di atas paras 1.19000 semula, namun masih belum melepasi paras halangan 1.20000.

Paras ketinggian sekitar 1.19700 diuji pada Rabu dan Jumaat namun gagal untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Sekiranya pada minggu ini harga turun semula di bawah paras 1.19000, pelabur akan mula menjangkakan harga untuk membuat penurunan lebih rendah dengan paras tumpuan adalah pada zon support 1.18000.

Namun sekiranya harga membuat kenaikan pula dan melepasi halangan 1.2000, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat