Apa Jangkaan Penganalisis Terhadap Kenaikan Kadar Faedah Fed?

499

Federal Reserve (Fed) dijangka akan lebih agresif dalam menaikkan kadar faedah pada tahun ini berikutan lonjakan inflasi yang sangat cepat di Amerika Syarikat.

Penganalisis Goldman Sachs menjangkakan empat kenaikan kadar pada tahun ini disebabkan oleh penularan varian Omicon yang memburukkan inflasi sehingga mendorong Fed menaikkan kadar lebih pantas.

Menurut ramalan yang ditunjukkan Goldman Sachs, terdapat empat kenaikan pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat kemungkin bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan mengambil tindakan lebih ‘gila’ dengan menaikkan kadar pada setiap kali mesyuarat diadakan sehingga gambaran terhadap inflasi berubah.

Ini menimbulkan kemungkinan bahawa pengurangan dalam kunci kira-kira (balance sheet) akan dilakukan lebih awal paa bulan Mei dan terdapat lebih daripada empat kenaikan kadar pada tahun ini.

Walaupun begitu, mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini dijangka akan menyaksikan tiada tindakan berhubung kadar faedah akan dibuat, tetapi menganggap jawatankuasa itu akan mengumumkan kenaikan pada bulan Mac.

Jika itu berlaku, ia akan menjadi kenaikan pertama dalam kadar faedah bank pusat AS sejak Disember 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat