Apa Jangkaan Pergerakan EUR/USD Menjelang Mesyuarat ECB?

587

Positif buat dagangan US dolar pada minggu ini apabila mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi 3 bulan pada Selasa berikutan pelabur mengambil langkah berwaspada terhadap kadar penularan pantas Covid-19 yang dilihat akan menjejaskan pertumbuhan global.

Dengan pengukuhan US dolar sebagai safe-haven, mata wang komoditi serta mata wang Eropah kembali menerima tekanan semula.

Euro yang digelar sebagai anti-USD walau bagaimanapun berjaya menyerap tekanan untuk tidak susut terlalu ketara berbanding US dolar.

Pelabur juga berhati-hati menunggu keputusan mesyuarat dasar monetari oleh European Central Bank (ECB) pada Khamis yang bakal memberi impak terhadap pergerakan Euro pada pasaran penghujung minggu.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat membuat cubaan untuk meningkat pada Isnin, namun situasi tersebut tidak bertahan lama selepas harga kembali bergerak perlahan semula di bawah paras 1.18000 pada dagangan Selasa semalam.

Kembali memberi isyarat untuk trend penurunan selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, penurunan pada sesi New York semalam mencecah paras terendah mingguan terbaru sekitar 1.17540.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga bergerak mendatar di paras penutupan harga di sesi sebelumnya sekitar 1.17800 dengan jangkaan penurunan harga lebih rendah akan terjadi hari ini.

Penganalisis telah menjangkakan zon support pada 1.17200-1.17000 bakal dicecah harga dalam tempoh terdekat bagi penurunan yang diteruskan.

Zon tersebut kali terakhir diuji pada Mac lalu sebelum harga kembali disokong untuk melonjak semula pada April sehingga Mei.

Namun sekiranya harga memberi petanda untuk perubahan trend, kenaikan harga di atas paras 1.18000 semula akan mula mendorong jangkaan untuk harga menuju zon rintangan 1.19000.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan ke paras tumpuan pada 1.20000 yang telah diuji pada awal Julai lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat