Apa Jangkaan Rakyat Untuk Belanjawan 2021? – Ini Petunjuk Oleh Menteri Kewangan

417

Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi merupakan waktu yang tepat bagi kerajaan untuk mempertimbangkan dan menerapkan langkah yang lebih mapan untuk mengembangkan ekonomi serta membina daya tahan pada masa hadapan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Belanjawan 2021 akan menekankan gabungan dasar mesra perniagaan, pengurusan fiskal yang berhemah dan alat transformasi yang berkesan untuk membina daya tahan negara terhadap kejutan ekonomi pada masa hadapan.

Empat prinsip utama untuk Belanjawan 2021 adalah menjaga rakyat, memacu ekonomi, kehidupan lestasi dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam menerusi data serta digitalisasi untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan dan kolaborasi dengan masyarakat sivil, organisasi dan agensi bukan kerajaan termasuklah syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Tambah Tengku Zafrul, menarik pelaburan berkualiti yang akan menambah nilai terhadap ekonomi negara, memudahkan pemindahan teknologi dan membenarkan Malaysia beralih ke arah ekonomi berpendapatan tinggi akan kekal sebagai salah satu keutamaan negara.

Beliau mengatakan Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda positif meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang mencabar selepas negara ini mencatatkan pelaburan asing yang positif sebanyak RM696.5 juta pada akhir Jun lalu.

Selain itu, Tengku Zafrul juga yakin ekonomi Malaysia akan bangkit semula dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8% pada tahun hadapan. Kerajaan melihat perniagaan Malaysia di sektor-sektor utama memanfaatkan peluang yang dibawa oleh perubahan trend termasuklah produk dan peralatan kesihatan, elektrik serta elektronik, teknologi kewangan dan e-dagang.

Namun Tengku Zafrul memberi amaran pandemik Covid-19 akan terus mengancam pemulihan sosioekonomi, pembangunan dan pertumbuhan masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat