Apa Jangkaan Untuk Arah GBP/USD Minggu Ini Pula?

374

Dengan situasi semasa pasaran yang dilihat lebih memihak kepada US dolar untuk mengukuh dan memberi tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama lain, namun Pound Sterling dilihat masih bertahan.

Berbanding Euro yang berjaya didominasi oleh US dolar, Pound berjaya menyerap tekanan dengan beberapa faktor yang memberi sokongan terhadap mata wang Britain itu.

Pelabur mula meletakkan keyakinan terhadap bank pusat England (BOE) untuk meningkatkan lagi kadar faedah pada mesyuarat polisi Mac nanti. Ini akan menjadikan kenaikan kadar 3 kali berturut-turut oleh BOE yang pertama kali sejak tahun 1997.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat masih bergerak dalam zon mendatar dengan kenaikan harga pada Jumaat hampir 100 pips melepasi paras 1.36000 sebelum menutup dagangan pada sesi terakhir minggu lalu di sekitar paras 1.35500.

Masih belum memberi isyarat lebih jelas, harga berlegar di sekitar paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Jika penurunan harga berlaku di awal minggu ini, paras sokongan pada 1.35000 dilihat akan menjadi tumpuan awal untuk diuji.

Penurunan lebih rendah untuk isyarat perubahan trend bearish yang lebih jelas, harga berkemungkinan boleh menuju sehingga ke paras 1.34000 atau zon support pada 1.33600.

Manakala untuk situasi kenaikan harga pula, paras 1.35700 perlu diatasi oleh harga dahulu sebelum menuju zon ketinggian 1.36500.

Paras ketinggian terbaru akan terus dicatatkan dengan jangkaan trend bullish harga akan mendorong harga sehingga ke paras jangkaan sekitar 1.37400.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat