Apa Jangkaan Untuk Carta Safe-Haven USD/JPY, Bullish? Bearish?

239

Carta harga bagi pasangan mata wang safe-haven USD/JPY masih boleh dinilai untuk menyambung trend bullish sebelum ini walaupun memaparkan corak penurunan harga pada minggu lalu.

Sebelum ini harga telah berjaya mengekalkan kenaikan beberapa minggu sehinggalah berlaku penurunan pada minggu lalu.

Harga yang telah melonjak pada awal minggu lalu mencapai paras ketinggian 125.00 iaitu paras tertinggi sejak Ogos 2015, namun mula susut semula.

Penurunan harga telah disokong oleh paras 121.500 yang berada pada zon RBS (resistance become support), diuji beberapa kali namun harga gagal untuk susut lebih rendah.

Kembali memberi isyarat untuk meneruskan trend bullish semula, harga di penghujung minggu mula bergerak dari zon 121.500 tersebut dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY.

Susulan terbitan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat, harga sedikit meningkat ke paras ketinggian 123.00 sebelum berlegar di bawah paras tersebut sehingga dagangan bersambung di awal pembukaan pasaran minggu ini.

Dari sesi Asia ke awal sesi Eropah, harga masih bergerak perlahan di atas paras sokongan MA50 dan dijangka pergerakan lebih agresif pada sesi New York.

Sekiranya harga menyambung semula kenaikan sebelum ini, paras 123.500 dijangka bakal dilepasi untuk harga menuju semula ke paras ketinggian 125.00 yang dicapai minggu lalu.

Dan sekiranya kenaikan diteruskan melepasi ketinggian tersebut, harga dilihat bakal menguji paras rintangan bagi dagangan 2015 iaitu sekitar 125.800.

Namun jika kenaikan gagal dilakukan sebaliknya harga menyambung corak penurunan minggu lalu, trend bearish akan dijangkakan pada carta USD/JPY selepas harga turun melepasi zon 121.500.

Penyusutan lebih rendah akan kembali mensasarkan sehingga ke paras sekitar 118.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat