Apa Jangkaan Untuk GBP/USD Menjelang Mesyuarat Polisi BOE?

896

Seperti mata wang utama yang lain juga, Pound Sterling tidak terkecuali untuk mengalami penyusutan berbanding US dolar selepas mesyuarat FOMC menyaksikan pengukuhan ketara US dolar minggu lalu.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terperosok lebih rendah sehingga ke paras 1.38000 mencatatkan penurunan mingguan sekitar 340 pips.

Di samping pengukuhan US dolar, faktor tekanan terhadap pergerakan Pound juga menyumbang terhadap penurunan harga.

Lanjutan sekatan pergerakan di UK serta ketidaktentuan Brexit membuatkan pelabur lebih berwaspada terhadap dagangan Pound.

Pada minggu ini pula, tumpuan akan terarah pada mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) yang dilihat akan terus menambahkan lagi tekanan bagi dagangan Pound.

Setelah harga susut di bawah paras 1.4000 pada Khamis lalu, harga telah menutup dagangan menguji zon support 1.38000 pada Jumaat mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Menyambung dagangan pada pembukaan pasaran minggu ini, harga dilihat masih bergerak perlahan pada zon support 1.38000 yang mana zon ini telah berjaya menyokong kenaikan semula harga ketika penurunan pada penghujung April lalu.

Namun, dengan momentum pengukuhan US dolar minggu lalu, mampukah zon tersebut kembali menyokong kenaikan harga?

Penganalisis menjangkakan situasi penurunan harga akan diteruskan pada minggu ini menuju pula ke paras tumpuan awal sekitar 1.37000 yang menjadi paras sokongan harga sejak dagangan Mac lalu.

Sekiranya kenaikan harga berlaku, paras 1.39200 dilihat sebagai zon rintangan yang akan diuji harga sebelum memberi isyarat pergerakan harga seterusnya.

Harga yang berjaya melepasi kenaikan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan menjadi petunjuk kepada pelabur bagi perubahan trend bullish semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat