Apa Kes, Gabenor Bank Pusat Jepun Lancar Kritikan Terhadap Kripto?

4,084

Setelah beberapa hari Bitcoin dan kripto lain menunjukkan momentum yang baik setelah kejatuhan besar, akhirnya harga BTC jatuh sebanyak 9% menghapuskan keuntungan mingguannya. Sepanjang minggu lalu, pihak berkuasa dari bank pusat telah menyerang Bitcoin kerana ia menunjukkan kejatuhan yang ketara. Terbaru amaran dan kekhuatiran datang dari Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda.

Semasa wawancara dengan Bloomberg, Kuroda menyatakan bahawa Bitcoin bukan kaedah penyelesaian pembayaran sebenar. Ditambah pula sebilangan besar perdagangan adalah sangat spekulatif dan ‘volatility’ yang sangat tinggi.

Selama dua minggu terakhir, Bitcoin telah menunjukkan turun naik yang besar yang bermula dari kenyataan Pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk yang mengatakan bahawa Tesla berkemungkinan akan menghentikan pembayaran alternatif menggunakan Bitcoin dan kemudian langkah yang ketat diambil oleh China.

Pada Jumaat lalu, , China mengumumkan keputusannya untuk melarang aktiviti perlombongan dan perdagangan kripto di negara itu. Harga BTC jatuh di bawah paras $ 32,000.

Ulasan dari gabenor Bank of Japan itu dikeluarkan selepas kenyataan yang senada dari gabenor bank pusat yang lain. Pada bulan lalu, ketua the Fed juga menyebut kripto sebagai kenderaan spekulasi. Naib Presiden Bank Pusat Eropah Luis de Guindos mengatakan bahawa kripto bukan pelaburan sebenar.

Pada masa yang sama, Gabenor Bank of England Andrew Bailey sangat percaya bahawa kripto tidak mempunyai nilai intrinsik. Dia menambah bahawa orang ramai harus bersedia kehilangan wang mereka jika melabur di dalamnya.

Ini bukan pertama kali Bitcoin diserang oleh institusi perbankan pusat. Ketika ini BTC berjaya meningkat 1% dari kejatuhan ini di paras $36,000 kepada paras harga $36,737. Turut mendorong penurunan harga adalah penarikan keuntungan dalam kalangan pelabur.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat