Apa Kes Ni? Polis Tangkap Pekerja Evergrande China!

1,499

Saham gergasi hartanah China, Evergrande Group menjunam 25% pada hari Isnin selepas polis menahan beberapa kakitangan di unit pengurusan kekayaannya.

Hal ini sekali gus mencetuskan kebimbangan pelabur mengenai masalah baharu yang dihadapi syarikat hartanah itu.

Pada hari Ahad, polis di bandar selatan Shenzhen dilaporkan telah menahan beberapa pekerja di anak syarikat kewangannya, Evergrande Wealth Management.

Walau bagaimanapun, polis tidak menyenaraikan pertuduhan terhadap pekerja yang ditahan tetapi menggesa orang ramai melaporkan sebarang penipuan yang disyaki.

Evergrande ialah salah satu firma pemaju yang menanggung beban hutang terbesar di China dalam kemelut krisis pasaran hartanah yang mengheret pertumbuhan ekonomi negara itu.

Kumpulan itu sedang menjalani rancangan penstrukturan semula, termasuk memunggah aset untuk mengelakkan ‘default’ atau kemungkiran hutang $340 trilion.

Kejatuhan drastik saham firma itu pada sesi Asia turut mengheret indeks CSI 300 China menjunam ke paras terendah tahun ini.

Bulan lalu, Evergrande mencatatkan kerugian bersih pada separuh pertama 2023 sebanyak 33 bilion yuan ($4.5 bilion) berbanding kerugian 66.4 bilion yuan dalam tempoh yang sama 2022.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat