Apa Kes Pula? Fed Bullard Umum Bantahan Dalam Keputusan The Fed Baru-Baru Ini!

555

Presiden Rizab Persekutuan Louis James Bullard pada hari Jumaat tampil menggesa peningkatan mendadak dalam kadar pinjaman semalaman Fed kepada lebih daripada 3% tahun ini. Beliau melihat bahawa perlunya langkah ini untuk membendung inflasi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan ketidaksetujuannya terhadap kelulusan Fed untuk kenaikan suku mata pada minggu ini. Bullard menyatakan the Fed perlu bergerak cepat dalam menangani situasi ini atau berisiko kehilangan kredibiliti pada sasaran inflasinya.

Beliau bukan sahaja tidak setuju dengan kadar yang ditetapkan namun dengan kekerapa yang dirancang the Fed dalam keinginan menaikkan kadar faedah.

“Ekonomi A.S. telah terbukti sangat berdaya tahan,” terhadap pandemik dan risiko geopolitik, kata Bullard. Dengan inflasi melebihi 6% iaitu tiga kali ganda daripada sasaran the Fed 2%, Bullard berpendapat lebih banyak tindakan Fed diperlukan “untuk mengurus keadaan makroekonomi A.S. secara berhemat.”

Walaupun kebanyakan pegawai Fed melihat enam lagi kenaikan kadar suku mata tahun ini, 7 daripada 16 penggubal dasar Fed semasa, seperti Bullard, berpendapat bahawa the Fed sepatutnya meningkatkan kadar lebih tinggi menjelang akhir tahun.

Setakat ini Bullard telah membantah keputusan the Fed sebanyak empat kali sejak menjadi presiden Fed St. Louis pada 2008, termasuk tiga kali di bawah pengerusi Fed semasa Jerome Powell.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat