Apa Kes USD Tiba-tiba ‘Melompat’ Pada Sesi Eropah?

953

Sentimen bercampur-campur menghiasi pasaran sesi Eropah, memperlihatkan US dolar kembali meraih permintaan pada sesi Eropah dengan meningkat lebih tinggi berbanding matawang euro.

Ketika penulisan, indeks dolar meningkat di sekitar harga 92.18, bangkit lebih tinggi dari sesi yang menyuramkan sebelum ini.

Matawang euro merosot lebih rendah setelah diperlihatkan dengan bacaan data yang kurang memberangsangkan di Zon Eropah, sekali gus memberi peluang buat dagangan dolar greenback untuk meningkat.

Pengeluaran data pekerjaan swasta ADP dan PMI perkhidmatan AS pada malam ini akan menjadi tumpuan pasaran untuk dijadikan panduan menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat.

Bagaimanapun, kenaikan US dolar tidak menghalang dolar kiwi untuk terus didagangkan lebih tinggi yang disokong oleh jangkaan meningkat oleh pasaran bahawa Bank Pusat New Zealand (RBNZ) akan meningkatkan kadar faedah selepas menyaksikan satu lagi bacaan positif dalam data pekerjaan.

Kadar pengangguran New Zealand jatuh di bawah tahap pra-pandemik pada suku kedua, dengan mencatatkan penurunan kepada 4.0% daripada 4.6% yang dicatatkan pada suku pertama.

Sementara itu, dolar Aussie juga terus didagangkan mengukuh, yang masih disokong oleh keputusan Bank Pusat Australia (RBA) mengekalkan rancangan untuk mengurangkan kadar pembelian bon pada awal September walaupun berdepan risiko Covid-19.

Pada masa yang sama, pasaran turut dihimpit oleh kebimbangan terhadap situasi semasa coronavirus, terutamanya di China yang telah melaksanakan langkah sekatan perjalanan lebih ketat untuk membendung penularan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat