Apa Kesan Data Inflasi AS Semalam Ke Atas Dagangan USD?

636

Dagangan dolar Amerika Syarikat dilihat stabil pada Jumaat setelah sebelum ini mengalami penurunan berbanding matawang utama yang lain, berikutan data inflasi Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding jangkaan.

Indeks harga pengguna untuk Jun kekal pada kadar 0.1% berbanding jangkaan penurunan ke paras sifar. Sementara bacaan teras data menunjukkan peningkatkan kepada 0.3% mengatasi jangkaan kenaikan 0.2% oleh pasaran daripada 0.1% bacaan bulan sebelumnya.

Indeks harga pengguna teras tidak termasuk komponen harga makanan dan tenaga yang meningkat kepada 0.3% untuk Jun adalah merupakan peningkatan yang terbesar sejak Januari 2018.

Data inflasi bersama data tuntutan bagi yang tidak bekerja menunjukkan pasaran buruh masih kekal kukuh, mengurangkan jangkaan pasaran kewangan untuk pemotongan agresif kadar kepada 50 mata asas untuk mesyuarat polisi bank pusat akhir Julai ini.

Perkembangan pada matawang Pound Sterling, tekanan dari segi faktor ekonomi, politik dan diplomatic terus membimbangkan pelabur terhadap dagangan matawang British itu.

Boris Johnson calon utama yang dikaitkan untuk menggantikan Theresa May diragui keupayaannya untuk mencapai persetujuan rundingan bersama Kesatuan Eropah.

Bagi matawang Euro pula, data inflasi di Jerman dan Perancis menepati ramalan pasaran apabila kekal pada bacaan kadar sebelumnya menyokong kestabilan matawang Eropah tersebut.

Namun, menerusi minit mesyuarat bank pusat Eropah, pada penggubal dasar European Central Bank (ECB) bersetuju untuk dasar monetary yang longgar untuk menyokong semula pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat