Apa Kesan Laporan Pendapatan Tesla Terhadap DOGE?

228

Memecoin popular Dogecoin (DOGE) menerima tempias selepas syarikat Tesla Inc milik Elon Musk melaporkan keputusan pendapatan suku tahunannya pada Rabu semalam.

Syarikat automotif Amerika tersebut dikatakan mempunyai pendapatan Q3 sebanyak $22.13 bilion, iaitu meningkat $5 bilion daripada suku terakhir.

Malah, syarikat kereta elektrik itu dijangkakan akan mencatatkan peningkatan dalam hasil berbanding suku lepas.

Oleh demikian, harga DOGE berkemungkinan akan membuat lonjakan drastik jika mempunyai earnings call* yang positif setelah suku sebelum ini menyaksikan keputusan tidak memberangsangkan buat Tesla.

* Panggilan persidangan antara pengurusan syarikat awam, penganalisis, pelabur dan media untuk membincangkan keputusan kewangan syarikat dalam tempoh pelaporan tertentu, seperti suku atau tahun fiskal

Diperjelaskan bahawa kini harga DOGE berkemungkinan akan membuat pergerakan menarik susulan terbitan pendapatan itu setelah memecoin tersebut sepanjang minggu lalu menyaksikan penyusutan dalam nilainya.

Sementara itu, Musk yang bertindak membenarkan pembeli minyak wangi The Boring Company’s Burnt Hair membuat pembayaran menggunakan DOGE berjaya membuatkan harga memecoin tersebut melonjak sebanyak 3%.

Manakala pada bulan Mei tahun ini, beliau menyatakan bahawa para pelanggannya dapat membeli barangan Tesla yang terpilih dengan menggunakan DOGE.

Dalam pada itu, DOGE juga berpotensi menjadi mata wang rasmi Twitter ekoran Musk dikatakan telah mengambil alih platform sosial media tersebut.

Kini harga DOGE berlegar-legar pada zon harga 0.05900 dalam tempoh 24 jam lalu setelah membuat pergerakan mendatar sepanjang 7 hari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat