Apa Khabar Pasaran Saham Menjelang Hujung Minggu Ini?

218

Bursa Malaysia mengurangkan sebahagian kerugiannya pada pagi ini tetapi masih berada di zon negatif sebaris dengan pasaran serantau.

Pada pukul 10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FMB KLCI) menurun 4.31 mata kepada 1,485.81.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 387 berbalas 380, manakala 399 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan hari ini ialah 2.05 bilion saham bernilai RM1.34 bilion.

Antara kaunter paling rugi termasuklah Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd, Petronas Dagangan Bhd, PPB Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Dutch Lady Milk Industries Bhd, Malaysian Pacific Industries Bhd dan CE Technology Bhd.

Sementara itu, kaunter saham yang didagangkan aktif termasuklah Borneo Oil Bhd, XOX Bhd, Pegasus Heights Bhd, Parlo Bhd, Top Glove Corp Bhd, Careplus Group Bhd, JCY International Bhd, Nova MSC Bhd dan Dynaciate Group Bhd.

Keuntungan di pasaran petunjuk utama disumbangkan terutama oleh Top Glove, Supermax Corp Bhd, Rubberex Corp (M) Bhd dan Careplus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat