Apa Lagi UK Mahu, UK Ancam Mahu Boikot Perjanjian Bersama EU?

388

Britain dilaporkan mengancam untuk boikot perjanjian Brexit kecuali Kesatuan Eropah menunjukkan lebih banyak fleksibiliti terhadap Ireland Utara. Langkah ini didapati dapat membuatkan perjanjian Brexit lima tahun menjadi kucar-kacir.

Perdana Menteri Boris Johnson, yang menandatangani perjanjian Brexit 2020 telah merakamkan rasa kecewa terhadap protokol yang dapat medatangkan masalah terhadap beberapa ruji makanan UK.

David Frost, menteri Britain yang mengetuai rundingan Brexit, sedang bersiap untuk mengumumkan perubahan potensial yang signifikan terhadap protokol yang boleh membawa akibat yang besar terhadap hubungan diplomatik dengan Kesatuan Eropah (EU).

Dilaporkan Frost sedang mengemas kini dokumen untuk dibentangkan di parlimen pada hari Rabu mengenai Ireland Utara dan Brexit. Menurut jurucakap Johnson, pihak pentadbiran UK akan menetapkan pendapat mereka terhadap protokol tersebut.

Bagi pihak Brussels, mereka berpendapat bahawa Frost akan tetap dengan pendirian mereka yang ingin memboikot protokol sedia ada kecuali EU bersetuju untuk berkompromi, kata seorang diplomat EU yang memberi taklimat mengenai perbincangan dengan perunding Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat