Apa Nak Jadi Ni USD?

883

Pergerakan bercampur-campur menghiasi dagangan US dolar pada sesi Eropah, ketika pasaran terus mengambil langkah waspada menuju mesyuarat polisi FOMC.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar dilihat cuba bangkit dari paras terendahnya untuk didagangkan sekitar harga 103.40.

Pun begitu, pasaran terus mengelak daripada meletakkan posisi lebih besar di tengah-tengah ketidakpastian mengenai krisis perbankan global dan mesyuarat FOMC.

Pada sesi Eropah, mata wang euro memaparkan peningkatan pada sekitar harga 1.0730 berbanding dolar greenback menjelang terbitan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW.

Berbeza dengan euro, mata wang pound pula mencatatkan penyusutan setelah mencapai paras ketinggian baharu 7 minggu berbanding US dolar pada sesi terdahulu.

Pelabur tampaknya mula berhati-hati menjelang mesyuarat Bank of England (BOE) pada hari Khamis, tetapi sebelum itu pasaran akan diperlihatkan terlebih dahulu kepada data inflasi UK pada hari Rabu.

Selain itu, mata wang antipodean, dolar Aussie dan New Zealand turut mempamerkan aksi menyuramkan dengan susut lebih rendah berbanding USD.

Terbaharu, minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) menunjukkan bank pusat itu akan mempertimbangkan untuk menghentikan kenaikan kadar faedah.

Tumpuan semasa pasaran terarah kepada data inflasi Kanada yang akan diterbitkan pada sesi New York, memperlihatkan dolar loonie kini kekal diniagakan stabil berbanding USD.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat