Apa Nasib Emas Selepas Kejatuhan Terburuknya Minggu Lalu?

8,446

Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan logam kuning emas diniagakan stabil selepas kejatuhan mingguan terbesar sejak Jun yang dicatatkan pada minggu lalu.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan pada $1,927 per auns, dengan niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,925 per auns.

Logam kuning itu mengalami penurunan terburuknya pada minggu lalu berikutan keputusan kenaikan kadar faedah oleh bank-bank pusat utama telah mengurangkan permintaan terhadap emas.

Federal Reserve (Fed) telah menaikkan kadar faedahnya buat pertama kali sejak tahun 2018, dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% selain turut memberi isyarat untuk bertindak lebih agresif pada tahun ini.

Selain itu, pelabur juga berwaspada ekoran kenyataan bercampur-campur mengenai rundingan antara Rusia dan Ukraine.

Turki mengatakan Moscow dan Kiev hampir mencapai kesepakatan dalam perkara-perkara penting, sementara seorang pembantu utama Ukraine mengatakan Rusia telah beralih kepada penggunaan senjata yang lebih merosakkan.

Sementara itu, Ukraine menolak permintaan Rusia untuk menyerahkan bandar pelabuhan selatan, Mariupol yang telah diserang. Ini sedikit sebanyak membantu mengekang emas dari jatuh lebih parah.

Tumpuan pelabur kini ditumpukan kepada Pengerusi Fed Jerome Powell yang akan berucap dalam mesyuarat tahunan Persatuan Kebangsaan untuk Ekonomi Perniagan pada hari Isnin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat