Apa Ni? Putin Teruskan Perang Meskipun Rundingan Dibuat

1,651

Sedikit ketenangan kembali ke pasaran mata wang selepas pegawai dari Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan awal untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Ini secara tidak langsung mempengaruhi pergerakan kebanyakan mata wang utama termasuk safe-haven yang bergerak mendatar pada sesi Asia.

Walaupun terdapat optimisme dalam rundingan tersebut, namun ia berakhir dengan tiada keputusan dapat dibuat. Walaupun pertemuan seterusnya akan diadakan beberapa hari lagi, tetapi konflik masih berterusan sehingga kini.

Sementara itu, Presiden Vladimir Putin tampaknya tidak mengendahkan sekatan dan kekacauan yang berlaku dalam pasaran kewangannya. Rusia mengambil langkah drastik dengan memberhentikan pembayaran keselamatan untuk warga asing.

Pasaran saham tempatan akan terus ditutup pada hari Selasa, sementara mata wang rubel pula menjunam ke paras terendah berbanding US dolar.

Indeks dolar pula didagangkan stabil pada sekitar harga 96.82 selepas mencatat kemerosotan pada akhir sesi sebelum ini.

Sementara euro dan pound pula dilihat hampir tidak berubah setelah meraih sedikit kenaikan sebelum ini, meletakkannya kekal di sekitar paras terendah berbanding dolar greenback.

Mata wang yen sedikit tergelincir pada 115.10 berbanding USD, mengurangkan keuntungan yang dicatatkan pada sebelumnya.

Dolar Aussie didagangkan meningkat ketika pelabur menantikan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada jam 11.30 pagi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat