Apa Powell Dah Buat Sampai USD Memuncak?

809

US dolar melonjak ke paras tertinggi tiga bulan berbanding kebanyakan matawang utama setelah didorong oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke tahap tertinggi satu tahun.

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell malangnya gagal menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan hasil bon AS jangka panjang, sama seperti kenyataan beliau sebelum ini.

Susulan itu, hasil bon 10 tahun melonjak 4%, mendorong ia ditutup tinggi pada 1.55%. Sementara pasaran saham AS pula terjejas teruk dengan Indeks Dow Jones jatuh lebih 300 mata.

US dolar mendapat keuntungan dengan beberapa faktor yang berbeza. Keyakinan Powell terhadap ekonomi AS dan kemampuannya untuk mengatasi kenaikan kadar adalah baik untuk greenback.

Hasil bon yang lebih tinggi juga menarik permintaan untuk US dolar dan yang paling penting, penurunan saham mendorong pelabur untuk mendapatkan safe-haven dolar greenback.

Matawang yen terus lemah di paras terendah 8 bulan berbanding USD selepas kenyataan Powell, sementara Swiss franc pula terbenam ke tahap paling rendah 4 bulan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama pada 91.66.

Persoalannya sekarang adakah matawang gergasi ini akan terus meraih pengukuhan daripada data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan malam ini?

Di sisi lain, matawang yang berkaitan komoditi kehilangan momentum dengan merosot lebih rendah berbanding US dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat