Apa Pula Kesan Mesyuarat FOMC Terhadap Bursa Tempatan?

410

Pada jam 9.52 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun 3.23 mata pada 1,486.04 daripada penutupan Rabu pada 1,482.81.

Ia dibuka tinggi ekoran menjejaki mod risiko pada pasaran Wall Street sebagai reaksi kepada kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed).

Indeks dibuka 2.65 mata pada 1,485.46.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 205 berbanding 79, manakala 188 kaunter pula tidak berubah, 1,843 tidak didagangkan dan 37 digantung.

Jumlah perolehan pada 149.77 juta unit bernilai RM104.29 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan saham wajaran tinggi perbankan dan penjagaan kesihatan mendahului lantunan sebelum keputusan mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada awal pagi tadi.

Tambahnya lagi, pelabur  memberi fokus kepada sektor teknologi hasil lantunan semalaman Nasdaq sementara segala saham berkaitan Sarawak akan melonjak ekoran pilihan raya.

Pasaran komoditi memperlihatkan harga minyak mentah berada di paras US$73 atau RM308.72 setong sementara harga minyak sawit mentah mengalami kerugian.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 2 sen pada RM8.12 sementara IHH Healthcare turun 1 sen pada RM6.47.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut 2 sen pada RM9.27 sementara Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) masing-masing kekal pada RM4.01 dan RM8.61.

Saham aktif memperlihatkan Aurelius Technologies Bhd naik 10 sen pada RM1.46 dan SMTrack Bhd pacu 0.5 sen pada 9 sen sementara ATA IMS Bhd dan Malayan United Industries Bhd jatuh 0.5 sen pada 69 sen dan 6.5 sen. Top Glove kekal pada 4 sen.

Sementara itu, Bursa mengumumkan perubahan nama stok Macpie Bhd kepada XOX Networks Bhd dengan singkatan XOXNet berkuatkuasa 9 pagi hari Jumaat.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 31.78 mata pada 10,847.22, indeks FBMT 100 tambah 28.68 mata pada 10,537.85 dan indeks FBM Emas Shariah lonjak 36.13 mata pada 11,676.40.

FBM 70 pacu 61.20 mata pada 14,000.50 dan FBM ACE kukuh 5.90 mata pada 6,204.03.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan tambah 0.56 mata pada 194.48, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 42.20 mata pada 15,149.12 dan indeks Perladangan lonjak 10.94 mata pada 6,397.98.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat