Apa Situasi Pasaran Mata wang Selepas Digegarkan Bank Pusat Global?

202

Pelabur akhirnya boleh menarik nafas lega apabila pasaran menuju penghujung minggu setelah disaksikan dengan pelbagai ‘drama’ pada Khamis.

Bermula dengan keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 3.25%, pelabur telah menyaksikan pengukuhan US dolar ke paras ketinggian baharu 20 tahun berbanding mata wang utama.

Fed juga memberi indikasi untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah dengan bayangan ia tidak akan turun sehingga 2024 untuk memerangi inflasi.

Hal ini telah membenam kebanyakan mata wang utama lebih rendah sebelum kerugian yang dicatatkan terhenti selepas Jepun mengejutkan pasaran dengan pengumuman campur tangan pertamanya sejak 1998 beberapa jam selepas mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ).

Kelemahan yen ke paras terendah 24 tahun berbanding US dolar telah mendorong kerajaan dan BOJ bertindak campur tangan untuk membendung penurunan mendadak mata wang itu.

Hasilnya, yen mencatat lonjakan luar biasa dan menolak mata wang gergasi USD jatuh, sekali gus turut mengangkat mata wang utama lain.

Namun, kemerosotan yang dicatatkan USD kembali dikurangkan apabila pasaran memasuki sesi New York, membawanya kembali didagangkan pada sekitar paras tertinggi.

Sementara itu, pound yang ditunjukkan dengan keputusan Bank of England (BOE) telah memapamerkan pergerakan tidak menentu apabila pembuat dasar berbelah bahagi untuk menentukan dasar.

Walaupun keputusan akhir adalah meningkatkan kadar 50 mata asas, tetapi terdapat pembuat dasar yang mengundi untuk peningkatan 75 mata asas dan 25 mata asas.

Kini, tumpuan pasaran disasarkan kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK pada sesi Eropah nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat