Kebarangkalian Kemelesetan Ekonomi Bukan Penghalang! BoE Pilih Naikkan Kadar 0.5%!

230

Bank of England telah memilih untuk menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 0.5 peratus kepada 2.25%, paras tertinggi 14 tahun, apabila inflasi UK terus mendahului sasaranya walaupun ekonomi mengalami kelembapan.

Bank itu juga mengesahkan bahawa ia akan memulakan jualan aktif bon kerajaan UK pada bulan Oktober, mengurangkan portfolio yang dikumpulkannya selama bertahun-tahun.

Bank itu berkata bahawa tinjauan jangka pendek bagi inflasi telah bertambah baik hasil rancangan kerajaan baharu untuk mengehadkan harga tenaga untuk isi rumah dan perniagaan. Dalam masa yang sama, BoE memberi amaran bahawa ia kekal berwaspada terhadap tekanan berterusan daripada kejatuhan nilai sterling dan pasaran buruh yang masih kukuh.

BoE kini menjangkakan inflasi memuncak pada hanya di bawah 11% pada bulan Oktober, lebih rendah daripada ramalan sebelumnya, tetapi memberi amaran bahawa akan mengambil masa beberapa bulan untuk jatuh semula di bawah 10%.

Matawang GBP mengukuh sedikit berbanding US dolar ke paras dagangan 1.1321. Indeks US doar pula mengukuh sebanyak 0.12% keparas dagangan 110.480.

Keputusan BoE untuk menaikkan hanya 50 mata asas, ditambah dengan kenaikan 75 mata asas Rizab Persekutuan pada hari Rabu, bermakna premium pada kadar faedah dolar telah melebar semula, menjadikan dolar lebih menarik.

Penganalisis berpendapat perbezaan pendirian itu wajar, memandangkan prospek ekonomi U.K. yang lebih lemah. Samuel Toombs, seorang penganalisis, Pantheon Macroeconomics berpendapat prospek inflasi CPI UK telah bertambah baik dan kemorosotan ekonomi tidak menujukkan bukti yang terlalu ketara.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat