Apa Sudah Berlaku? Pasaran Kripto Bermandikan Lautan Merah!

5,217

Jumlah modal pasaran kripto telah berkurangan sebanyak $216 bilion sejak semalam dalam pembetulan pasaran. Kejadian ini telah menghantar jumlah nilai pasaran kripto kepada angka $2.78 bilion.

Ini merupakan kali kedua pasaran berhadapan dengan pembetulan secara besar-besaran pada bulan November selepas para pelabur mula mengambil keutungan pada minggu lepas iaitu 11 November sehingga menyebabkan pasaran merosot $125, bilion.

Jumlah nilai pasaran kini telah jatuh kembali kepada tahap awal November apabila aset kripto utama terus membuat pembetulan daripada paras tertinggi sepanjang masa yang dicapai baru-baru ini.

Antara yang mencetuskan FUD dalam pasaran kripto ialah Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah meluluskan rang undang-undang bipartisan bernilai $1.2 trilion dalam sebuah majlis di White House.

Difahamkan rang undang-undang tersebut bukan sahaja menfokuskan kepada pemulihan infrastruktur awam, tetapi turut melibatkan peningkatan undang-undang terhadap perniagaan matawang kripto dan broker wajib melaporkan cukai kripto dan keperluan lain berkaitannya.

Disisi yang berbeza, pihak berkuasa China mengumumkan mengambil tindakan tegas untuk menyekat mana-mana operasi kripto di negara mereka. Pada kali ini, pengawal selia China telah menyasarkan entiti milik negara mereka sendiri. Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada syarikat-syarikat untuk berhenti perlombongan aset kripto dan berkemungkinan mengenakan kenaikan harga elektrik kepada syarikat yang tidak mematuhi larangan kripto China.

Semasa penulisan harga Bitcoin,BTC didagangkan pada paras harga $60,355.97. Pemain pasaran kini memberi tumpuan pada paras sokongan BTC yang berada di antara $58k dan $60k.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat