Apa Sudah Jadi Dengan Harga Minyak?

777

Kegelisahan pelabur menjelang pertemuan OPEC+ pada Khamis ini telah mendorong dagangan komoditi hitam lebih rendah, dengan minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh di bawah $60 setong ketika USD kukuh turut menambahkan tekanan.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh buat hari ketiga berturut-turut dengan didagangkan di sekitar $50.70 setong, meletakkannya di landasan untuk kerugian terburuk sejak Disember.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan suram pada $62.68 setong, selepas kehilangan 1.1% pada hari sebelumnya.

Antara cabaran terbesar untuk OPEC+ semasa pertemuan minggu ini adalah menentukan berapa banyak pengeluaran minyak mentah akan kembali ke pasaran.

Terdapat beberapa laporan yang memetik kenyataan daripada sumber yang biasa dengan perkara itu, bahawa OPEC mungkin akan menambah pengeluaran sehingga 1.5 juta tong sehari pada April.

Setakat ini, pengurangan semasa telah mencapai lebih dari tujuh juta tong sehari, atau 7% daripada bekalan global.

Keluaran minyak OPEC jatuh pada bulan Februari, disokong oleh pengurangan secara sukarela oleh Arab Saudi di bawah perjanjian OPEC+ sebelumnya.

Sementara itu, pelabur juga menantikan penerbitan data bekalan minyak mentah AS dari Institut Petroleum Amerika (API) yang akan diterbitkan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat