Apa Terjadi Pada Awal Dagangan Minggu Ini Setelah Laporan Pekerjaan NFP Dikeluarkan?

625

Matawang dollar USD didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain pada Isnin berikutan jangkaan pelabur terhadap tindakan bank pusat Federal Reserve bakal menghentikan sementara dasar pengetatan untuk tahun 2019 di mana telah mengurangkan sedikit kebimbangan sebelum ini terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang perlahan.

Risiko dalam pasaran dilihat berkurangan pada awal dagangan Asia ekoran dasar pelonggaran yang lebih agresif oleh China pada Jumaat untuk menangani kelembapan ekonomi serta harapan terhadap isu hubungan dagang Washington dan Beijing supaya dapat mencapai perjanjian perdagangan yang lebih komprehensif.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat mencatatkan pertambahan pekerjaan sebanyak 312,000 jauh lebih tinggi daripada jangkaan 179,000 pertambahan. Data purata pendapatan menunjukkan peningkatan 0.4% berbanding jangkaan 0.3% sementara kadar pengangguran mencatatkan kenaikan kepada 3.9% meleset daripada jangkaan kekal pada paras 3.7%.

Pengerusi FED, Jerome Powell dalam kenyataannya berkenaan laporan tersebut, FED tidak berada pada landasan yang tepat untuk meneruskan kenaikan kadar faedah dan mencadangkan akan memperlahankan proses pengetatan dasar sepertimana yang pernah dilakukan pada 2016. Dengan itu, tumpuan pelabur minggu ini akan terarah kepada mesyuarat polisi pada awal Khamis ini dan pada Jumaat pula, data indeks harga pengguna akan dikeluarkan dan akan menjadi petunjuk terhadap kadar inflasi di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat