Apa Terjadi Pada USD Selepas Laporan Data Pekerjaan NFP Jumaat Lalu?

900

Matawang dolar Amerika Syarikat diniagakan stabil pada permulaan dagangan minggu ini. Laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat lalu yang mempengaruhi pergerakan volatile harga bagi matawang USD dilihat mengeluarkan bacaan yang bercampur-campur.

Jumlah pertambahan pekerjaan untuk bulan Mac adalah kukuh dengan mencatatkan 196,000 pekerjaan berbanding jangkaan kenaikan kepada 172,000 daripada bacaan 33,000 yang telah dikemaskini untuk bulan Februari lalu.

Namun, purata pendapatan di Amerika Syarikat untuk bulan Mac merosot apabila mencatatkan bacaan penurunan 0.1% daripada 0.4% pada bulan Februari dan meleset daripada jangkaan penurunan 0.3% oleh pasaran. Perubahan pada bacaan data ini akan mempengaruhi bank pusat untuk keputusan langkah kenaikan kadar pada tahun ini.

Sementara kadar pengangguran di Amerika Syarikat pula kekal di paras 3.8% seperti bacaan sebelum ini.

Turut dikeluarkan bersama laporan pekerjaan NFP adalah laporan pekerjaan di Kanada. Kadar pekerjaan di Kanada dilihat merosot apabila mencatatkan penurunan -7,200 pekerjaan untuk Mac tahun ini selepas membuka peluang pekerjaan kepada 55,900 orang pada bulan sebelumnya.

Ini adalah penurunan pertama sejak Ogos tahun lalu terutamanya pada posisi pekerjaan tetap. Manakala kadar pengangguran di Kanada masih kekal di paras 5.8% seperti sebelumnya.

Perkembangan pada rundingan Amerika Syarikat dan China pula, rundingan dilihat tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini dan tumpuan pasaran akan beralih ke Eropah pada minggu ini.

Wakil rundingan dari Amerika dan China menyimpulkan hasil rundingan mereka pada Jumaat dan akan menjadualkan semula proses rundingan pada minggu ini bagi mendapatkan kesepakatan untuk serangan tarif yang berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Beralih pada perkembangan Brexit pula, Perdana Menteri Britain, Theresa May meminta Brussels untuk menangguhkan tarikh pengunduran Brexit sehingga 30 Jun untuk sedikit tempih bagi persediaan menghadapi pengunduran dari Kesatuan Eropah nanti.

Dengan itu, Pound antara matawang yang diniagakan lemah pada Jumaat lalu oleh sebab faktor Brexit masih memberi tekanan terhadap matawang British tersebut.

Terus ikuti perkembangan isu ekonomi semasa untuk memantau pasaran kewangan untuk minggu ini pula. Dan jangan lupa untuk memberi tumpuan pada data-data ekonomi penting sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat