Apa Yang Berlaku? Harga BTC Tiba-Tiba Meroket Ke Paras Lebih $20K!

481

Harga kripto sejak pagi tadi mula meroket dari paras $19K kepada paras $20K. Ini secara tidak langsung menunjukkan sentimen kenaikan harga. Bitcoin dan pasaran altcoin kedua-duanya melonjak, membalikkan kekecewaan pemain pasaran.

Hal yang telah sedia maklum, perbincangan terus berlangsung mengenai apakah yang telah mendorong kenaikan harga dalam pasaran kripto dan berapa lamakah keadaan ini akan bertahan? Menurut Arthur Hayes, pengasas bersama BitMEX percaya bahawa Perbendaharaan AS adalah sebab yang menjadi pendorong kenaikan harga pasaran kritpo yang kukuh.

Hayes menjelaskan bahawa Perbendaharaan AS sedang mempertimbangkan untuk membekalkan pasaran dengan bil perbendaharaan jangka pendek untuk mengatasi sebarang kekurangan. Selain itu, harga kripto melonjak pabila keadaan makroekonomi bertambah baik dan menjadi lebih baik. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding enam mata wang utama mula didagangkan lemah. Dalam 5 hari lepas, Indeks US dolar jatuh sebanyak 1.77%. Pasaran kripto meningkat dalam tempoh yang sama juga.

Michael van de Poppe, Ketua Pegawai Eksekutif Eight Global dan pakar pasaran utama, juga menekankan bahawa hasil telah mula jatuh seiring dengan penyusutan US dolar. Harga kripto sebelum ini jatuh berikutan pengukuhan US dolar dan kebimbangan mengenai ketidakstabilan kewangan global.

Kedua, harga kripto telah bertindak balas secara positif terhadap perubahan dalam iklim politik-ekonomi UK. Belanjawan Liz Truss menyebabkan kekacauan dalam ekonomi UK. Oleh sebab itu, apabila beliau digantikan oleh bekas Canselor Rishi Sunak, pasaran bertindak balas secara positif.

Selain itu, Sunak dikenali secara meluas sebagai tokoh pro-kripto dalam politik UK. nited Kingdom mengundi menyokong untuk mengiktiraf Bitcoin dan kripto sebagai kaedah pembayaran yang sah. Sunak mahu menjadikan UK sebagai hab kripto dunia. Walau bagaimanapun, tetap ada sesetengah individu pengaruh kripto tertentu yang mengkritik PM UK atas sokongannya terhadap Mata Wang Digital Bank Pusat.

Harga kripto selepas ini akan bergantung pada sama ada keputusan kadar faedah seterusnya oleh the Fed pada 2 November 2022. Dalam masa yang sama, beberapa yarikat teknologi seperti Apple akan melaporkan pendapatan suku ketiga mereka. Laporan pendapatan yang buruk boleh mengakibatkan sentimen negatif terhadap pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat