Apa Yang Berlaku? Lonjakan Harga Minyak Terus Mempengaruhi Euro Dan Pasaran

618

Matawang Euro mula mengukuh daripada paras terendah 22 bulan pada hari Selasa apabila perang di Ukraine mula menghentak prospek ekonomi Eropah, manakla matawang yang sensitif terhadap kenaikan harga komoditi adalah tidak menentu.

Peperangan antara Rusia dan Ukraine telah membawa kepada peningkatan permintaan untuk aset safe haven dengan matawang US dolar mengukuh sekitar 3% dalam tempoh hampir dua minggu apabila krisis semakin meningkat.

Serangan Rusia di Ukraine masih berterusan pada hari Selasa namun pada kadar yang lebih perlahan dan Ukraine memaklumkan bahawa rakyat mereka dari beberapa bandarnya telah dipindahkan.

Krisis itu telah menyebabkan harga tenaga yang melambung tinggi dan kebimbangan mengenai inflasi dan kemungkinan terjejasnya pemulihan ekonomi global.

Matawang Euro kembali pulih pada hari ini selepas menyusut sebanyak lima sesi berbanding US dolar. Ia meningkat lebih satu sen daripada paras $1.08060 pada hari Isnin – paras terendah sejak Mac 2020 apabila wabak COVID-19 mencengkam Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama pula mula susut sedikit sebanyak 0.18% kepada 99.120.

Pedagang menjangkakan pasaran akan terus bergelora dengan turun naik matawang Euro berbanding US dolar. Harga minyak meningkat pada hari Selasa, dengan harga Brent melonjak melepasi AS$127 setong, kerana kemungkinan sekatan rasmi AS terhadap eksport minyak Rusia mendorong kebimbangan terhadap bekalan.

Penganalisis menjangka kejutan bekalan akan berterusan dan menahan pertumbuhan. Pasaran turut memberi perhatian pada mesyuarat ECB pada hari Khamis yang akan membincangkan mengenai staflasi dimana ia telah mendorong ahli ekonomi mencadangkan penggubal dasar berkemungkinan menangguhkan kenaikan kadar sehingga lewat tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat