Harga emas diperdagangkan sedikit berubah ketika dagangan menuju penghujung minggu dan berada di landasan untuk mencatatkan penurunan bulanan, di tengah-tengah pengukuhan US dolar.
Spot emas susut pada pembukaan sesi Eropah, didagangkan rendah di sekitar $1,845 per auns, sementara niaga hadapan emas pula sedikit positif pada $1,847 per auns.
Logam berharga itu pada sesi dagangan Khamis sebelum ini telah melonjak tinggi selepas menyaksikan data ekonomi Amerika Syarikat yang menyuramkan.
Ekonomi AS dilaporkan berkembang sebanyak 4% pada suku keempat 2020 tetapi kenaikan ini tidak cukup untuk mengelakkan ekonomi menyusut pada kadar terpantas dalam tempoh 70 tahun.
Dari tahun ke tahun, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS menguncup sebanyak 3.5% pada tahun 2020, menjadikannya penurunan pertama sejak 2009 dan paling ketara sejak tahun 1946.
Bagaimanapun, logam kuning itu kembali susut selepas dagangan dolar greenback kembali melonjak berikutan ketidakpastian dalam pasaran ekuiti yang melibatkan isu Gamestop sehingga mendorong kejatuhan besar dalam saham AS.