Apa Yang Terjadi? Harga XRP Tiba-Tiba “Mencanak” Naik!

4,392

XRP yang merupakan aset kripto keenam terbesar berdasarkan modal pasaran mencatat kenaikan harga sebanyak 20% sejak beberapa jam lalu. Peningkatan harga ini telah mendorong XRP keluar dari ‘kepompong’.

Kenaikan harga semasa dipercayai dipengaruhi oleh pengumuman terbaru dari Ripple. Firma blockchain awal hari ini mengumumkan pelancaran koridor On-Demand Liquidity (ODL) pertamanya di Jepun. Perkhidmatan ODL dari Ripple ini telah mendapat permintaan tinggi terutama di rantau Asia Pasifik. Koridor ODL baru Ripple akan membantu penduduk Filipina di Jepun untuk mengirim wang ke Filipina dengan kadar yang jauh lebih cepat dan lebih murah.

XRP telah didagangkan di bawah $ 0.70 sejak bulan lalu lagi. Setelah mencatatkan tertinggi 3 tahun pada $ 1.96 di bulan Mei tahun ini, harga XRP telah merundum sehingga kehilangan 65% keuntungannya dari paras tertinggi tahunan. XRP merupakan antara kripto yang paling terkesan ketika pembetulan harga pada bulan Mei.

Tuntutan yang berterusan terhadap Ripple difailkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) antara sebab menyebabkan segelintir pelabur mula kehilangan keyakinan terhadap Ripple.

Terkini, pembicaraan antara kedua belah pihak masih berlangsung dan belum mendapat kata putus. Namun pembicaraan demi pembicaraan, dilihat bahawa Ripple memiliki lebih banyak hujah ke atas SEC.

Harga XRP kini didagangkan pada $0.7093, jatuh daripada paras $0.7518 yang dikecapi pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat