Apakah Aspek Penurunan Ini Akan Dorong GBP/USD Kekal Bearish?

279

Pergerakan harga pada carta GBP/USD seperti dilihat sedang melakukan percubaan untuk perubahan trend pada sesi Eropah semalam setelah kekal berlegar di atas paras 1.33000 selama 3 hari berturut.

Bagaimanapun, percubaan untuk mendaki itu tampaknya telah ditendang semula untuk menjunam di sesi New York Selasa yang sekali gus merekodkan paras terendah terbaharu lagi sejak Disember 2020.

Yakni penurunan berkenaan juga sama sekali telah mencecah zon sokongan 1.32000 sebelum kembali mendaki untuk mencapai semula ke zon SBR (support become resistance) 1.33000 di penghujung sesi.

Matawang USD yang mulanya didagangkan lemah susulan aktiviti pengambilan untung (profit taking) dilihat telah menerima pemangkin ekoran kenyataan hawkish yang dilontarkan Federal Reserve (Fed).

Pengaruh itu secara tidak langsung terus memberi aspek pengukuhan kepada USD berbanding dengan matawang Pound yang masih diheret lemah berikutan pasca Brexit yang belum mendapat kata putus.

Bukan itu sahaja, terbitan laporan data ADP NFP berkaitan sektor swasta serta indeks pembuatan PMI tinjauan ISM yang akan dikeluarkan pada sesi New York malam ini yang turut menjadi rujukan pelabur.

Akan tetapi andai kata pendakian itu hanya membuat ‘reversal’, corak penurunan harga dijangka akan dipersembahkan untuk sekali lagi menjejaki zon sokongan 1.32000 dalam mengekalkan trend bearish.

Manakala menjadi perhatian utama pelabur adalah untuk menyaksikan pergerakan harga menembusi zon sokongan tersebut bagi melihat keupayaan harga menguji ke sasaran berikutnya sekitar 1.31000.

Sebaliknya jika harga pada carta GBP/USD berupaya memberi kejutan dengan kenaikan, pertamanya zon SBR pada 1.34000 berkemungkinan akan menjadi zon tumpuan yang terawal untuk kembali diuji.

Namun lonjakan seterusnya akan memperlihatkan arah tuju bagi isyarat bullish yang lebih jelas untuk mencapai zon SBR 1.35000 yang pernah menjadi penghalang kepada lonjakan harga pada sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat