Apakah Langkah BOE Seterusnya? 5 Ahli Penggubal Polisi Ini Tampil Kongsikan Pandangan!

266

Beberapa pegawai Bank of England (BoE) berpendapat bahawa sudah tiba waktunya untuk bertindak dalam mengekang pertumbuhan inflasi yang lebih tinggi dengan UK membuka semula ekonominya. Sebahagian lain pula berpendapat bahawa perlu lebih banyak masa untuk menilai risiko dan kenaikan harga cenderung untuk sementara waktu.

Berikut adalah komen dari para pembuat dasar mengenai inflasi dan tinjauan ntuk program pembelian bon bank pusat dan kadar faedah. BoE akan mengumumkan keputusan dasar monetari berikutnya pada 5 Ogos dengan ramalan pertumbuhan GDP.

Andrew Bailey yang merupakan gabenor BOE mengatakan bahawa dengan kadar inflasi yang semakin meningkat maka BOE harus kembali menilai semua fakta yang membawa kepada pendirian bahawa peningkatan inflasi adalah sementara.

Dave Ramsden, timbalan gabenor pula berpendapat bahawa BOE perlu mempertimbangkan untuk melakukan pengetatan dasar ekonomi lebih awal dari jangkaan berdasarkan pertumbuhan ekonomi.

Michael Saunders, ahli BOE berpandangan jika aktiviti dan indikasi inflasi sesuai dengan perkembangan ekonomi dan risiko inflasi yang berkurangan maka rangsangan kewangan patu dikurangkan dari semasa ke semasa.

Jon Cunliffe, ahli BOE menyatakan pandangan yang berbeza iaitu para pemain pasaran tidak boleh mengharapkan pembukaan semula ekonomi berjalan lancar. Terdapat tekanan dalam penawaran dan lonjakan dalam permintaan. Justeru jika ini tidak ditangani maka inflasi akan terus meningkat.

Silvana Tenreyo, ahli BOE malah memberi peringatan bahawa pelajaran yang boleh dipelajari dari krisis kewangan ialah, mengurangkan sokongan terhadap dasar kewangan boleh mendatangkan risiko yang besar terutama dalam pasaran pekerjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat