Apakah Yang Bakal Berlaku Kepada Emas Jika Fed Menaikkan Kadar?

39

Logam emas didagang sederhana pada hari Selasa, sementara mesyuarat lembaga Fed yang akan dijalankan pada akhir bulan ini masih menjadi fokus.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange meningkat 0.11%.

Semalam, harga emas meningkat mendadak semasa sesi Eropah selepas mencatat prestasi paling teruk sejak September 2013.

Pada hari Jumaat lepas, harga emas merosot kepada $1,243.20 berikutan pengukuhan US Dollar yang langsung tidak terjejas walaupun data pekerjaan AS dilapor agak mengecewakan pasaran.

Laporan yang kurang memberangsangkan itu dikatakan tidak akan menghalang Fed untuk menaikkan kadar sebelum hujung tahun ini.

Emas adalah sensitif kepada pergerakan kadar oleh AS. Sebarang peningkatan kadar AS akan menyebabkan pengukuhan matawang gergasi.

Emas akan melemah sekiranya matawang gergasi terus mengukuh kerana emas dinilai berbanding matawang tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat