Aplikasi Maybank MAE Luaskan Perkhidmatan QR Ke China!

148

Menerusi kenyataan Maybank di laman web rasmi, aplikasi perbankan mudah alih MAE kini menyokong transaksi QR DuitNow di China.

Secara tidak langsung, ia melengkapkan tiga negara Asia Tenggara sedia ada iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia serta meningkatkan lagi kemudahan transaksi kewangan dalam kalangan pengguna di peringkat serantau.

Maybank turut berkata bahawa inisiatif ini akan dimanfaatkan lebih lapan juta pengguna aplikasi MAE yang melawat ke China dan lebih 700,000 peniaga di Malaysia melalui transaksi yang dibuat oleh pelawat dari negara tersebut.

Had transaksi harian dikekalkan sehingga RM1,000 bersamaan 1,554.66 Yuan China. Begitu juga dengan peniaga di Malaysia yang boleh menerima pembayaran mereka menerusi platform Alipay.

Seperti biasa, transaksi pembayaran yang melebihi RM250 memerlukan pengesahan pengguna asal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat