Apple ‘Berlubang’ Dirempuh SUV Sehingga Menyebabkan Kematian

181

‘Kot ye pun tak suka iOS jangan sampai langgar dan menyebabkan kematian.’

Sekurang-kurangnya seorang mangsa terkorban dan 17 lain tercedera apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh kedai Apple di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Memetik sumber dari media AS, sebuah model kenderaan Toyota 2019 4Runner berwarna hitam merempuh kedai iphone yang dikenali sebagai Apple Store sehingga memecahkan cermin kaca depan premis.

Kejadian tersebut telah menyebabkan seorang mangsa terkorban dan 17 lain dikejarkan ke hospital dan menurut Peguam Daerah Plymonth, Timothy Cruz bahawa siasatan keseluruhan masih dijalankan.

Selain itu, dalam sidang media Cruz turut memetik kenyataan Ketua Polis Hingham David Jones yang mengatakan kemalangan tersebut masih tidak dapat ditentukan sama ada sengaja dilakukan atau tidak.

Dalam pada itu, Apple mengeluarkan kenyataan rasmi syarikat sebagai respon terhadap kejadian tersebut tidak beberapa lama kemudian.

Dalam kenyataannya Apple mengatakan bahawa syarikat sangat terkejut dan berduka dengan kejadian yang berlaku, di samping turut menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkesan.

Buat masa ini saham Apple dilihat masih jatuh 2.17% pada $148.02 namun penurunan tersebut dijangka tidak terkesan daripada kejadian pelanggaran yang mengakibatkan seorang mangsa terkorban tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat