Apple Bukan Lagi Syarikat Paling Bernilai Di Dunia!

27,138

‘Kaw-kaw jatuh ni sampai ke kripto terjebak.’

Berdasarkan situasi semasa yang mana pelabur dilihat menukar arah ke aset kurang berisiko, saham Apple Inc menjunam 5% semasa sesi di New York dengan nilai permodalan pasaran sebanyak $2.37 trilion.

Kesempatan ini telah diambil oleh syarikat pengeluar minyak dan gas dunia, Aramco untuk merampas ‘takhta‘ firma paling bernilai di dunia yang di dominasi oleh Apple, dengan nilai permodalan pasaran sebanyak $2.42 tirlion.

Perkara ini secara tidak langsung memecahkan kebuntuan 2 tahun yang dialami oleh syarikat minyak dan gas Arab Saudi tersebut, di mana kali terakhir ia menggunguli ‘takhta‘ tersebut pada 2020.

Kejatuhan pada saham teknologi boleh dikaitkan dengan sesi penjualan yang sedang giat berlaku pada masa ini.

Sementara saham pengeluaran tenaga termasuk harga minyak mentah dan gas asli melonjak, saham Apple telah menyusut sebanyak 20%.

Terbitan data inflasi AS pada sesi New York semalam yang menyaksikan kadar inflasi berlegar di paras tertinggi 40 tahun, indeks teknologi Nasdaq telah ditutup lemah 3.2%.

Peningkatan harga telah menjadi ancaman utama kepada pemulihan ekonomi global apabila munculnya pandemik Covid-19, dan bank pusat diseluruh dunia telah melaksanakan kenaikan kadar faedah.

Ekoran daripada itu, pelabur yang diselubungi kebimbangan telah beralih ke aset kurang berisiko kerana khuatir kos penjaman yang tinggi akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Antara aset berisiko lain yang turut terjejas adalah mata wang kripto dengan Bitcoin dilihat berada dalam trend penurunan.

Harga Bitcoin telah turun ke paras $27,000 dan secara kasarnya ia telah kehilangan 60% nilainya sejak mencapai paras tertinggi pada November lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat