Apple Store Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka Rasmi Pada 22 Jun

307

Syarikat gergasi teknologi, Apple akan membuka kedai fizikal pertamanya di Malaysia pada bulan hadapan. Ia bagi mengembangkan perniagaannya di Asia Tenggara serta menambah operasi jualan mereka di luar China.

Apple Store itu akan dirasmikan di sebuah pusat beli-belah The Exchange TRX di Kuala Lumpur. Syarikat itu mengumumkan pembukaan tersebut di laman web rasminya pada hari Rabu dan mula beroperasi pada 22 Jun 2024 tepat pada jam 10 pagi.

Untuk makluman, Apple Store bukan sekadar kedai yang menjual peralatan dan perkakasan Apple semata-mata. Mereka juga menawarkan pengalaman yang menyeluruh untuk perkhidmatan Apple selain turut menjadi pusat komuniti dalam mengetahui pelbagai ilmu dan tips berkaitan penggunaan teknologi dan produk-produk Apple.

Sebelum ini, Apple sudah mempunyai beberapa kedai di rantau ini termasuk di India, Thailand dan Singapura. Kini, Malaysia akan menjadi negara penting bagi Apple dalam bahagian pengeluaran dan jualan.

Syarikat AS itu telah memulakan pengeluaran beberapa jenama Mac di Malaysia beberapa tahun lalu. Mereka juga ada mengeluarkan beberapa jenama iPhone di India dan AirPods di Vietnam.

Lokasi terkini yang diumumkan itu telah dibangunkan selama beberapa tahun lepas dan pengambilan pekerja untuk kedai itu bermula pada awal tahun lepas.

Pada asalnya, pembukaan dijadualkan pada Februari lepas tetapi ia mengalami sedikit kelewatan.

April lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook telah melawat negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia dan Vietnam untuk memacu pertumbuhan di rantau ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat