Apple Vision Pro Dilancarkan, Saham Apple Pecah Rekod Tertinggi!

325

Saham Apple mencapai paras tertinggi sepanjang masa (all time high) pada hari Isnin menjelang berlangsungnya Apple Worlwide Developers Conference 2023 yang menyaksikan pelancaran produk baru terbesarnya sejak 2015.

Dalam acara tersebut, Apple melancarkan set kepala realiti gabungan pertamanya, Apple Vision Pro, yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat gergasi teknologi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook berkata produk baharunya itu akan menggabungkan dengan lancar dunia nyata dan dunia maya.

Apple Vision Pro kelihatan berbeza dengan set kepala lain yang berada di pasaran, dan Apple menggunakan frasa ‘realiti tambahan’ untuk menerangkan perkara yang dilakukan oleh peranti baharu itu.

Menurut syarikat itu, sebaik sahaja pengguna memakai peranti tersebut, mereka akan dapat melihat aplikasi yang ditayangkan terus di hadapan.

Di samping itu, ia turut memaparkan pelbagai pengalaman unik daripada produk tersebut, termasuk aplikasi untuk perubatan, produktiviti dan hiburan.

Dengan harga $3,499 (RM16,000), Apple Vision Pro dijangka akan dikeluarkan awal tahun depan di Amerika Syarikat.

Selain pelancaran Apple Vision Pro, firma teknologi itu juga melancarkan beberapa komputer Mac baharu dan menyediakan kemas kini tentang sistem pengendalian terkini untuk iPhone, iPad, Mac, Apple TV dan Apple Watch.

Rentetan daripada acara tersebut, saham Apple mengurangkan beberapa keuntungan untuk ditutup susut pada $179.05 setelah mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada $184.95.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat