Arah Pergerakan GBP/USD Bakal Ditentukan Oleh Perkembangan Brexit

571

Pound Sterling masih bergerak lemah pada dagangan awal minggu ini sementara pelabur meletakkan harapan terhadap rundingan Brexit antara United Kingdom (UK) bersama Kesatuan Eropah (EU) pada minggu ini.

Namun begitu, harapan tersebut gagal untuk membendung kejatuhan nilai Pound menjelang sesi Eropah ekoran faktor penularan pandemik yang semakin membimbangkan di Britain.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson pada hujung minggu telah mengumumkan arahan sekatan pergerakan di UK ekoran dibimbangi kesan penularan pada gelombang kali ini adalah dua kali ganda lebih buruk berbanding sebelum ini.

Pelaksanaan ‘lockdown’ bermula 2 November sehingga 2 Disember dengan hanya sektor-sektor penting tertentu sahaja dibenarkan beroperasi. Sekolah dan universiti masih dibuka seperti biasa.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih menyambung penurunan pada minggu lalu dengan paras sokongan 1.29000 kekal diuji di sesi Eropah.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal mengunjurkan trend bearish pada carta GBP/USD.

Penurunan lebih rendah harga dijangka akan melepasi zon SBR (support become resistance) pada julat 1.29000-1.28500 menuju zon support sekitar 1.27600.

Namun jika terdapat perkembangan positif pada rundingan Brexit berkemungkinan akan kembali melihat harga membuat kenaikan semula dengan paras 1.30000 menjadi tumpuan utama.

Mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) akan turut memberi impak besar terhadap mata wang Pound pada minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat