Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengatakan bahawa Trump bersetuju dengan pandangannya hujung minggu lalu dengan mengatakan bahawa isu kewangan harus dibincangkan oleh pemimpin kewangan oleh kedua-dua negara.
Beliau mengatakan kepada Parlimen, ketika bersendirian dengan Presiden Trump di White House, Abe memberitahu Trump bahawa mereka tidak sesuai membahaskan isu pertukaran matawang. Hal ini kerana isu-isu sebegini lebih layak diselesaikan oleh Menteri Kewangan dan Setiausaha Perbendaharaan kedua-dua negara.
Trump juga dikatakan bersetuju dengan idea yang diutarakan oleh Abe.
Penggubal dasar di Jepun sebelum ini agak terkejut dengan tuduhan Trump yang menuduh mereka memanipulasi matawang untuk memberi kelebihan kepada sektor eksport di negara terbabit.
Bagaimanapun, ketika pertemuan empat mata diantara kedua-dua pemimpin itu, jurucakap kanan kerajaan Jepun berkata Abe dan Trump langsung tidak menyentuh isu matawang.
Susulan daripada pertemuan itu, keputusan penting mengenai dasar ekonomi mungkin akan dibuat dalam satu sesi dialog ekonomi di antara Amerika Syarikat dan Jepun, yang akan diketuai oleh Naib Presiden AS, Mike Pence dan Timbalan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso.
Aso yang juga bertindak sebagai Mentari Kewangan Jepun mencadangkan agar Trump membuka sesi dialog ekonomi bagi membincangkan isu-isu termasuk dasar fiskal, kewangan dan penstrukturan.
Aso berpendapat bahawa dialog ini penting untuk membentuk rangka kerja yang lebih baik walaupun ia akan mengambil masa yang agak panjang.
Ini Yang Terjadi Kepada US Dollar Sementara Menunggu Ucapan Penting Dari Yellen!