Ini Yang Terjadi Kepada US Dollar Sementara Menunggu Ucapan Penting Dari Yellen!

46

US Dollar didagang berhampiran paras tertinggi dalam tempoh 3 minggu berbanding sekumpulan matawang yang lain pada Selasa kerana menunggu pandangan yang akan disuarakan oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen berkaitan dengan petunjuk terkini mengenai kenaikan kadar faedah oleh bank pusat.

US Dollar Index didagang hampir tidak berubah hari ini daripada puncak tertinggi yang dicatat pada Isnin.

Berbanding matawang Yen, US Dollar menyusut kepada 113.69 Yen.

USD/JPY, 30 minit

Yellen dikatakan akan membentangkan laporan setengah tahun bank pusat yang berkaitan dengan dasar monetari kepada Jawatankuasa Perbankan Senat pada hari Selasa diikuti oleh laporan kewangan setengah tahun kepada Jawatankuasa Kewangan White House.

Pengarah Firma Penyelidikan Pertukaran Wang Asing Global di Tokyo iaitu Kaneo Ogino mengatakan bahawa orang ramai hanya menanti ucapan Yellen. US Dollar juga berpotensi untuk bergerak mengikut “arah” ucapan Yellen.

Namun begitu, beberapa pengeksport Jepun yang menjual Dollar pada masa ini dilihat agak kecewa kerana ia tidak bergerak lebih tinggi selepas pertemuan Abe dan Trump hujung minggu lalu.

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan yang akan mengundi untuk penetapan dasar pada tahun ini mengatakan bahawa bank pusat Amerika Syarikat perlu bertindak segera untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur sebelum berdepan dengan risiko yang lain.

Dalam sesi ini juga, matawang Euro yang berdepan dengan tekanan gara-gara krisis politik di Perancis juga telah kembali stabil.

EUR/USD, 30 minit

Geopolitik & Monetari : Dua Tumpuan Pasaran Ketika Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat