AS Bergerak Ke Arah Yang Salah Dalam Perangi Covid – Dr. Fauci

669

Ketua penasihat perubatan Presiden AS Joe Biden, Dr. Anthony Fauci mengatakan pada hari Ahad bahawa Amerika Syarikat kini menuju ke arah yang salah dalam memerangi gelombang baru Covid-19.

“Jika melihat kepada keluk kes jangkitan baru, dapat dilihat antara peningkatan yang dicatatkan adalah daripada orang yang tidak divaksinasi. Dengan 50% daripada penduduk negara masih belum diberi vaksin sepenuhnya, ini adalah masalah bagi AS”, kata Dr. Fauci.

Berdasarkan pemodelan data, negara menghadapi senario kematian harian terburuk yang mencapai puncak musim sejuk sebanyak 4,000 orang.

“Saya tidak pasti adakah ini akan menjadi senario terburuk, tetapi ia tidak akan menjadi baik,” katanya di CNN State of the Union. Kita menuju ke arah yang salah. Ia seperti kita mempunyai dua jenis Amerika.”, tambah beliau.

Menurut Dr. Fauci, situasi coronavirus di AS juga dilihat telah menjadi pandemik di kalangan orang yang tidak divasinasi, dan varian virus Delta Covid-19 antara punca utama yang mendorong lonjakan di kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi rendah.

Oleh itu, Dr. Fauci mengingatkan supaya penduduk-penduduk di kawasan terlibat untuk mendapatkan vaksin bagi mengelakkan penularan lebih luas.

Susulan itu juga, beliau mengatakan pegawai kesihatan kini sedang mempertimbangkan untuk mengkaji panduan pemakaian pelitup muka untuk orang Amerika yang divaksinasi sepenuhnya untuk membendung penularan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat