AS Boikot Lagi Produk China Dari Xinjiang

370

Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan arahan untuk menyekat kemasukan barangan seperti pakaian, alat perkomputeran dan beberapa produk lain yang dihasilkan di lokasi tertentu di wilayah Xinjiang, China.

Lapor BBC, langkah berkenaan adalah yang terbaharu dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump bagi meningkatkan tekanan terhadap China berikutan ‘layanan buruk’ Beijing ke atas etnik Muslim Uighur di Xinjiang.

Menurut AS, lokasi-lokasi tersebut menggunakan buruh paksa atau banduan penjara sebagai tenaga kerja.

Jelas Pemangku Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, Mark A. Morgan, arahan yang dikeluarkan semalam itu jelas memberi mesej jelas kepada komuniti antarabangsa bahawa Washington tidak akan bertoleransi terhadap amalan buruh paksa yang tidak berperikemanusiaan dan haram dalam rantaian bekalan AS.

“Pentadbiran Trump tidak akan duduk diam sahaja dan membenarkan syarikat asing untuk melakukan sesuka hati mereka dengan mempergunakan mereka yang lemah untuk melakukan buruh paksa dan pada masa yang sama menjejaskan perniagaan rakyat Amerika yang menghormati hak asasi manusia serta undang-undang,” ujar Morgan.

Tambah AS, program buruh China termasuklah memindahkan tahanan ke tapak penghasilan produk, menyediakan latihan dan pendidikan serta wajib untuk membanteras ancaman pengganas dan kumpulan pemisah.

Washington dan Beijing sering kali bertelagah mengenai program berkenaan serta AS menuduh China melanggar hak asasi manusia.

China didakwa telah menahan lebih 1 juta orang dari Xinjiang namun Beijing memberi alasan kesemua mereka yang ditahan diberikan latihan vokasional.

Awal bulan ini, syarikat penerbitan filem gergasi AS, Disney dikecam kerana menjalankan penggambaran filem terbaharu, Mulan di Xinjiang.

 

Anda mungkin juga berminat