AS Dolar Berlegar Pada Paras Terendah 2 Bulan, Pasaran Kembali Berhati-Hati.

388

Matawang AUD hari ini ditambah tekanan oleh data domestiknya sendiri di mana indeks sentimen pengguna Australia mencatatkan bacaan yang merosot sebanyak 0.6% ke 100.7 pada bulan Jun 2019 daripada 101.3 pada bulan sebelumnya. Indeks ini menunjukkan bahawa kebimbangan mendalam mengenai kelembapan dalam ekonomi global.

Tidak lama kemudian, matawang komoditi khususnya AUD cuba disokong oleh data yang positif daripada China. Inflasi harga pengguna China meningkat kepada 2.7% pada bulan Mei 2019 daripada 2.5% pada bulan sebelumnya dan sepadan dengan ramalan pasaran.

Walaubagaimanapun, kenaikan Aussie dihalang oleh sentimen pasaran yang kembali berhati-hati ekoran kebimbangan yang berterusan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China selepas Presiden Trump berkata beliau tidak mempunyai minat untuk maju ke hadapan kecuali China bersetuju dengan terma Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan lain, matawang AS Dolar didagangkan berhampiran paras terendah dalam tempoh dua bulan kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (FED) dapat mengurangkan kadar faedah dalam beberapa bulan akan datang.

Tumpuan pasaran pada malam ini akan terarah kepada indeks harga pengguna Amerika Syarikat yang mencerminkan pertumbuhan inflasi negara itu. Pelabur mengjangkakan data malam ini hadir lebih rendah berikutan kejatuhan dalam harga petrol dan kekuatan USD sebelum ini boleh menekan kadar inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat