AS Dolar Cecah 2 Minggu Tertinggi, Aussie Menjunam Selepas Komen Gabenor RBA.

505

Suasana pasaran Forex pada hari Selasa kekal berisiko dengan peningkatan kebimbangan dalam pertikaian perdagangan khususnya antara AS-China selepas pentadbiran Donald Trump yang telah menyenarai hitam syarikat Huawei Technologies dari China.

Matawang AS Dolar diniagakan berhampiran paras tertinggi 2 minggu dengan sokongan hasil pulangan bon A.S. yang lebih tinggi dan status matawang bersifat safe-haven yang sering mendapat permintaan dalam sentimen pasaran yang risk-off.

Sekali lagi matawang Dolar Australia menjunam selepas Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) iaitu Philip Lowe mengeluarkan komen yang agak dovish. Beliau dalam ucapannya sebentar tadi menyatakan bahawa bank pusat akan mempertimbangkan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Jun nanti.

Sebelum ini, Aussie dirangsang oleh kemenangan mengejut Parti Konservatif Scott Morrison di mana pasaran percaya bahawa kemenangan ini boleh menyuntik pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Dalam perkembangan pasaran Eropah pula, kedua-dua matawang Pound dan Euro di bawah tekanan berikutan ancaman ‘hard-Brexit’ yang dihidupkan kembali dan kebimbangan menjelang pilihanraya Parlimen Eropah pada Khamis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat