AS, Iran Masih Berbalah – Ini Kesan Pada Harga Minyak!

312

Komoditi hitam didagangkan stabil pada permulaan dagangan awal minggu, di tengah-tengah tercetusnya ketegangan baru antara Amerika Syarikat dan Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $43.16 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menokok kepada $41.37 setong.

Dalam ketegangan terbaru AS dan Iran, Washington menggesa supaya anggota Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan terhadap Iran. Ini termasuk larangan terhadap pemindahan teknologi berkaitan dengan nuklear dan peluru berpandu Iran dan sekatan ke atas syarikat-syarikat yang membantu Tehran dalam pembangunan senjata.

Dalam pada itu, Royal Dutch Shell Plc menghentikan beberapa pengeluaran minyak dan mula membawa keluar pekerja daripada pelantar di Teluk Mexico setelah ribut Tropika Beta diramalkan akan membawa hujan lebat ke beberapa bahagian pantai Texas dan Louisiana.

Bagaimanapun, kenaikan harga minyak agak terbatas berikutan peningkatan berterusan kes coronavirus pula terus mengancam permintaan minyak mentah. Hampir 31 juta kes dan lebih 950,000 kematian telah direkodkan di seluruh dunia, menurut data yang diterbitkan Johns Hopkins University.

Ini ditambah dengan lonjakan kes di negara-negara Eropah, terutamanya UK, menyebabkan timbulnya kemungkinan bahawa Britain akan kembali kepada sekatan Covid-19 di seluruh negara kedua untuk membendung penularan.

Sementara itu, Reuters sebelum ini melaporkan bahawa syarikat penapisan minyak di seluruh dunia berdepan tekanan daripada permintaan yang lemah dan lebihan bekalan, menyebabkannya berusaha untuk mengurangkan pengeluaran bahan bakar sehingga musim luruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat