AS Paranoid? Nvidia & AMD Pula Diharamkan Eksport Cip AI Ke China

3,529

‘Hanya kerana seorang wanita, dunia terus bergaduh dan berbalah sampai sekarang.’

Perbalahan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berterusan dengan pengawai negara Unlce Sam mengenakan larangan eskport cip komputer buatan Nvidia Corp serta Advanced Micro Devices (AMD) Inc ke negara Tembok Besar.

Perkara tersebut telah disahkan wakil Nvidia dengan mengatakan bahawa mereka menerima peraturan baru untuk ‘melindungi produk daripada digunakan ketenteraan di China’.

Ia adalah susulan daripada ketegangan yang berlaku apabila wakil AS, Nancy Pelosi berdegil melawat Taiwan walaupun menerima tentangan keras dari China.

Suka diingatkan bahawa kilang pengeluaran cip Nvidia dan AMD terletak di Taiwan.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, Nvidia dan AMD diarah untuk menghentikan sebarang eskport cip pengkomputeran artificial intelligence (AI) bagi melumpuhkan keupayaan firma China menjalankan kerja harian seperti pengecaman imej.

Sebelum ini juga terdapat ura-ura mengatakan bahawa cip komputer AI, digunakan untuk pengecaman imej dan pemprosesan bahasa, dipakai ketenteraan bagi tujuan pengumpulan risikan.

Dalam pada itu, tindakan pengharaman eskport tersebut dilihat akan memberi kesan kepada jualan Nvidia pada suku ini memandangkan China telah menempah hampir $400 juta cip komputeran dari syarikat.

Pada sisi berbeza jurucakap AMD pula mengatakan sebaliknya dengan menggariskan bahawa pengharaman tersebut tidak akan memberi kesan material kepada syarikat.

Difahamkan cip A100 dan H100 Nvidia yang direka untuk mempercepatkan keupayaan mesin belajar serta cip MI240 AMD telah menerima lesen penggantungan pengeluaran.

Setakat penulisan ini saham Nvidia susut 2.42% sementara AMD hilang 2.38%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat