AS Sedang Mempertimbangkan Perjanjian Matawang Dengan China?

320

Dagangan yen naik dan yuan jatuh pada awal pagi ini, selepas laporan berita mengatakan perbincangan perdagangan tersebut gagal menunjukkan sebarang kemajuan. Bagaimanapun, matawang safe-haven itu kembali merudum berikutan kenyataan terbaru AS berhubung perjanjian matawang dengan China.

Jika sebelum ini Trump menuduh China sebagai pemanipulasi matawang dengan menetapkan nilai yuan pada paras terendah, kini dalam perkembangan terbaru, AS dilaporkan sedang mempertimbangkan perjanjian matawang dengan China sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan.

Kenyataan ini telah melonjakkan kembali dolar USD selepas mengalami kejatuhan yang mendadak berikutan laporan South China Morning Post yang mengatakan tiada kemajuan dibuat dalam rundingan tersebut malah wakil utama China, Naib Perdana Menteri Liu He, merancang untuk meninggalkan Washington sehari awal.

White House dilaporkan sedang meneliti perjanjian matawang yang dipersetujui dengan China sebagai sebahagian daripada perjanjian separa awal yang juga dapat melihat peningkatan tarif minggu depan akan digantung.

Kesepakatan itu yang dikatakan telah dipersetujui tahun ini sebelum rundingan perdagangan terputus dan ia dianggap oleh AS sebagai perjanjian fasa pertama dengan China.

Ia akan diikuti dengan lebih banyak perbincangan mengenai isu-isu teras seperti harta intelek dan perpindahan teknologi. Perkembangan ini sedikit sebanyak telah meredakan kebimbangan pelabur terhadap pertikaian antara dua negara itu sebelum ini.

Sementara itu, minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi dengan menggariskan isu mengenai ketidaktentuan dalam pasaran kewangan baru-baru ini yang menarik perhatian pegawai dan mendorong bank pusat untuk membuat tindakan hanya memberi sedikit perubahan dalam matawang dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat